Sunday, September 23, 2012

Penjelajahan bermula lagi ;)

Ada banyak beza antara wahm, sahm, soho, tetapi ada banyak persamaan juga iaitu dari segi pengurusan masa.

Ada masa kita boleh bergelar wahm, bertukar sahm, aktif bersoho. Maksudnya tiga topi ini kenalpasti dan sesuaikan penggunaan masa dan jadual kerja.

Wahm- Memang sudah difahami statusnya boleh bekerja dari rumah, tetapi tidak semestinya tidak boleh bekerja diluar rumah.



Jangan terikat apabila bergelar wahm,kita akan menyandang dan mahu gelaran itu sampai bila-bila. Jadikan ia fleksibel berdasarkan perkembangan bisnes atau kerja  kita dari masa ke semasa.
Usahawan sepenuh masa

Apabila kita sudah ada peningkatan dalam pengurusan bisnes dari rumah atau pun bisnes sudah pun makin berkembang, ada yang akan berhijrah dari kedai online ke kedai fizikal. Ada juga dari kedai fizikal ke kedai online. Tetapi matlamat yang sama masih boleh bekerja di mana-mana sahaja, dan kebebasan sebenar masih 
boleh urus dan ada pejabat dari rumah.

Ubah kebiasaan

1.      Jangan terkongkong dengan gelaran ‘wahm’ apabila mahu mengembangkan bisnes sedia ada.  Kadangkala wahm juga perlu keluar rumah untuk mendapatkan idea baru, urusniaga baru, pelanggan baru dan sebagainya.
2.      Boleh juga mempunyai beberapa ‘port’ atau pejabat, saya sendiri mempunyai tiga tempat khusus untuk bekerja, satu di rumah, satu lagi di port ‘B’ dan satu lagi di ‘C’. Lokasi ini berbeza untuk urusan penulisan atau bisnes. Jadi jangan terikat, ubahsuai dan kenalpasti mengikut keperluan.
3.      Ubahsuai juga masa untuk kerja dan rehat. Biasanya hari minggu sangat penting bersama anak-anak. Pada masa ini juga perlu member perhatian yang banyak kepada kerja urusan rumah tangga. Jadi alih semula hari cuti, contohnya Jumaat, jadi Sabtu dan Ahad bekerja seperti biasa, iaitu urusan rumah tangga dan keluarga. Maka jadikan Isnin sebagai cuti untuk melepaskan lelah. Jadi jangan terikat dengan kebiasaaan ubah kebiasaan ini mengikut keperluan.

No comments:

Post a Comment