Wednesday, December 26, 2012

Bermula di blog


Hamdya Muhaina

Januari 2013 genap 3 tahun saya menyandang jawatan ‘work at home mom’ (wahm). Bermula dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan ketika mengandung dan seterusnya keguguran, saya mengambil keputusan untuk berhenti mengajar apabila mengalami pendarahan setelah disahkan mengandung utk kali kedua.

Sebelum ini pun, saya memang ada menjalankan perniagaan online secara separuh masa disebabkan tugas sebagai guru.Bermula pada 2008, saya mula menjual baju-baju ‘preloved’ di blog. Tujuan asal hanya ingin mengosongkan almari dan ianya hanyalah suka suka. Tak sangka pula ada yang berminat. Dari situ saya, saya beli sikit-sikit alatan yang diperlukan untuk mempamerkan baju untuk tujuan mengambil gambar dan memuat naik ke blog. Dan seterusnya saya mula memberanikan diri untuk mengeluarkan modal dengan membeli pakaian baru. Bermula dengan 6 helai baju maxi dress. Seterusnya saya menambah bilangan stok sedikit demi sedikit dan stok pula dipelbagaikan tak terhad pada baju dan tudung. Saya juga mula menyewa hosting sendiri dan belajar membuat website untuk kedai maya saya ini.

Kini, semuanya masih berjalan seperti dulu Cuma bezanya saya menguruskannya secara sepenuh masa di samping tugas-tugas sebagai surirumahtangga yang lain. Namun, saya sangat bertuah kerana suami menyokong penuh apa yang saya lakukan. Bukan itu sahaja, dia juga turut sama membantu urusan saya seperti bersama-sama mencari stok dan selalu juga menjadi posmen menghantar barang J. Alhamdulillah, walaupun ada yang kata saya rugi berada di rumah dengan kelulusan yang saya ada, ada juga kata rugi sebab belajar penat penat tapi hanya di rumah jaga anak, tak kurang juga buat muka terkejut dan pelik bila saya kata saya surirumah. Tapi, saya senang begini. 

No comments:

Post a Comment