Sunday, July 7, 2013

Kenalpasti apa minat, kepakaran dan pengalaman sebelum bergelar wahm


Sumber: Bab 2 Ebook Super wahm Super mom

Saya bersyukur dapat menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa dan juga bekerja di
rumah sepenuh masa. Alhamdulillah dapat juga membantu suami sedikit sebanyak walaupun
dia tidak pernah minta dibantu. Bidang yang dulunya saya benci tapi kini ia menjadi sumber
pendapatan dan sesuatu yang saya suka buat dan saya sayang bisnes saya ni. Kini saya adalah
imej mak saya suatu masa dulu. Bekerja dari rumah supaya dapat sentiasa bersama anakanak, melihat mereka membesar di depan mata tanpa terlepas satu detik pun. Masa adalah

sesuatu yang sangat bernilai. Mungkin ada ibu-ibu yang sibuk bekerja dan tanpa sedar anakanak sudah bekerja dan berdikari dan mungkin berasa ralat kerana masa lebih banyak
terluang di pejabat dari bersama keluarga tercinta. Kalau difikir masa sehari 24 jam, berapa
jam yang terluang bersama anak-anak? Biasanya orang bekerja keluar seawal jam 6.30 pagi,
ditambah kesesakan jalanraya, akhirnya pulang ke rumah jam 7 malam. Mungkin tidur jam
10 malam. Maka cuma ada 3 jam untuk diluang bersama keluarga.

Saya yakin ramai ibu yang bekerja di luar sana ingin menjadi ibu yang tinggal di rumah
sepenuh masa and bekerja dari rumah. Saya rasa kebanyakan kita mampu lakukan cuma
setiap mereka perlu kenalpasti kekuatan masing-masing, contohnya ada yang pandai
menjahit, memasak, membuat gubahan dan sebagainya. Itu semua boleh dijadikan punca
pendapatan dari rumah. Sekarang bukan zaman mak saya lagi yang cuma pasarkan kuih dia
di kedai-kedai kopi. Zaman sekarang zaman gajet dan internet. Semua itu boleh dijadikan alat
pemasaran. Ibu-ibu semua boleh gunakan pemasaran yang ditawarkan percuma seperti email,
FB, Blog dan ruang iklan percuma seperti Mudah.my

No comments:

Post a Comment