Teks: Masayu Ahmad
Satu rumah satu produk
Saya hanya ingin mengambil contoh terdekat di persekitaran saya sahaja. Sejak berpindah ke sini 3 tahun yang sudah, keakraban kejiranan di sini tidak dapat saya nafikan. Semenjak saya aktif pula dengan pasukan aerobik taman, maka hubungan makin mesra dan rapat.
Saya tidak keseorangan berstatus suri rumah, malah ramai juga teman-teman lain yang sudah bergelar suri rumah terdahulu daripada saya. Mereka tidaklah hanya diam sahaja di rumah, malah aktif pula melakukan pelbagai jualan sampingan walaupun berada di rumah.
Dari jualan tudung hinggalah kepada kuih muih. Antara produk yang ada perfume, kain sutera, karipap frozen, rawatan saraf, produk cosway, produk HPA, jualan langsung dan penjagaan anak-anak. Betapa banyak idea yang boleh kita pilih mengikut minat.
Kebanyakannya melakukan secara sambilan dan ianya salah satu cara untuk mendapatkan wang sampingan dan menggunakan masa lapang sebaiknya.
Satu individu satu produk
Cuba lihat persekitaran anda dan rutin harian. Begitu banyak pilihan idea bisnes yang boleh anda mulakan. Cuba fikirkan apa yang paling anda minat atau hobi yang anda gemar.
Anda gemar sekali membeli dan mengumpul koleksi cadar. Pelbagai corak dan gaya. Daripada cadar juga anda boleh dapatkan idea untuk menjual. Sudah ada juga agensi jualan langsung yang menjual cadar, jadi anda boleh menjadi agen jualan.
Sama ada jual kepada rakan-rakan, jiran tetangga dan luaskan pasaran kepada pengguna lain dengan menjual secara online.
Begitu juga halnya dengan pakaian dewasa, aksesori wanita, pakaian kanak-kanak, kelengkapan ibadah dan pelbagai lagi.
Senaraikan apa jenis idea yang ada dalam perhatian dan tulis senarai tersebut sebelum anda memilih idea mana yang lebih menarik minat anda.
Kajian
Sebelum memulakan produk atau perkhidmatan anda perlu membuat kajian terlebih dahulu. Kajian boleh juga berupa mencuba dahulu secara suka-suka atau sambilan. Dalam kajian tersebut anda boleh mengenal pasti kelemahan dan kebaikan sesuatu produk atau perkhidmatan yang akan anda tawarkan.
Kajian produk dan perkhidmatan membantu anda mengetahui kelemahan dan mampu membuat perancangan yang lebih sistematik.
Contohnya barang yang anda pos kepada kakak anda tidak sampai pada tempoh yang ditetapkan. Dari situ anda boleh menilai dan mencari syarikat penghantaran yang selamat dan sesuai.
Mula bertanyakan mereka yang sudah biasa berjinak dengan penghantaran secara pos. Bertanyakan tip dan idea untuk memberi keyakinan kepada pelanggan sistem jualan anda adalah selamat.
Sumber
Sumber barangan secara borong adalah salah satu perkara terpenting. Apabila kehabisan stok mudah untuk anda menyediakannya. Tidak boleh bergantung kepada satu sumber sahaja. Anda perlu mencari beberapa sumber untuk memudahkan anda mendapatkan bekalan jika kehabisan stok atau bekalan.
Pelanggan yang cerewet tidak suka mendengar istilah tiada stok. Gantikan ayat yang lebih wajar dengan memberitahu pelanggan, anda akan cuba mencari stok yang dingini dalam tempoh waktu tertentu.
Sekiranya tidak ada dan sememangnya habis, anda boleh mengantikan pilihan alternatif kepada pelanggan. Ini salah satu cara berhemah dan mengikat pelanggan untuk terus kekal menjadi pelanggan. Anda perlu jujur dengan pelanggan mengatakan stok sememangnya sudah habis dan ada pilihan baru yang tidak kurang juga kualiti.
Pelanggan
Siapa pelanggan sasaran, jika anda menjual lampin sudah tentunya ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil. Jika menjual kain ela dan tudung sudah tentunya wanita bekerjaya atau suri rumah yang mempunyai kuasa wang.
Buku wajib baca bagi yang mahu mula merancang bisnes dari rumah.
Pakej 2 (mula bisnes wahm,sahm,soho)
Semenanjung: RM77.00+ RM10 pos (Jumlah RM87)
Sabah sarawak RM84 +RM15 (Jumlah RM99)
Bayar di sini: http://
No comments:
Post a Comment