Friday, January 11, 2013

Membuat keputusan berhenti kerja-tips wahm, sahm, soho

Teks dan susunan semula: Masayu Ahmad




Rabiah Ruslan
Saya sedang berbelah bahagi, sekarang sedang cuti tanpa gaji. Bekerja sebagai kakitangan kerajaan, baru empat tahun bekerja. Saya buat bisnes produk kecantikan dan kesihatan. Alhamdulillah, memberangsangkan. Pada masa sekarang ini sudah tak ada hati untuk sambung kerja balik, perlu ke berhenti kerja?

Ramai yang mengalami dilema seperti di atas, mahu berhenti kerja dan mula membuat tumpuan sepenuhnya bekerja dari rumah, iaitu sepenuh masa. Keadaan bertambah keliru kerana beberapa perkara di bawah

- Sudah bekerja tetap dan mempunyai pendapatan stabil
- Sudah bekerja dan mahu melepaskan tekanan dengan mengusahakan bisnes sendiri, tetapi kurang yakin sekiranya pendapatan kembali tidak stabil
- Mahu berhenti kerja tetapi tidak mendapat sokongan suami, mertua dan keluarga
- Kewangan masih kurang stabil, perlu fikir tentang kos hutang rumah, pendidikan, kereta, sara hidup dan lain-lain.
- Adakah pendapatan ketika mengusahakan bisnes secara sambilan akan berganda selepas berhenti kerja dan mengusahakan sepenuh masa.

Kita lihat beberapa pandangan berikut, iaitu Rubiah Ruslan sedang berfikir-fikir untuk meletak jawatan. Izam Suziani adalah bekas kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai doktor, telah pun meletak jawatan. Manakalah Hanisah Noor mempunyai pengalaman tegar bekerja sendiri tanpa perlu meletak jawatan bermula dari kosong sehingga sukses mampu berdikari mengusakan bisnes. Soroti tiga pandangan ini dan kalian berada dalam situasi yang mana. 


Beberapa pandangan lain

Izam Suziani

Sebelum berhenti perlu fikir sebaiknya, dan perlu lihat hutang piutang, perbelanjaan isi rumah, cukup atau tidak untuk tampung selepas berhenti kerj. Berbincang dengan sumai dan minta pendapat dia. Bukan apa, dalam bisnes ada turun naiknya, sekurang-kurangnya kalau ada kerja tetap tidak terlalu membebankan. Selepas berhenti dari kerja kerajaan, saya sendiri mengambil masa berbulan-bulan untuk seimbangkan semula hal yang berkiatan kewangan, ini adalah pandangan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Ia memang sukar pada mulanya tetapi saya tak pernah menyesal, saya gembira dengan keputusan tersebut. Rezeki Allah ada di mana-mana kita perlu usaha, doa dan bertawakal. Semoga dipermudahkan.

Rabiah Roslan

Betul, saya sekarang cuti tanpa gaji, tetapi simpanan ada, tak ada masalah sangat, tetapi tentang hutang saya perlu fikir lebih teliti. Sekarang mertua pun nasihatkan jangan berhenti dahulu, tetapi suami yang sarankan agar berhenti. Tetapi itulah, risau kerana suami pun kerja sendiri juga, tetapi saya memang sudah tetapkan dalam hati, rezeki Allah itu maha luas, orang yang tidak menyembahnya pun kaya raya. Inikan kita yang mengikut perintahNya.


Hanisah Noor

Betul kata semua, sebaiknya ada simpanan yang boleh membantu menampung beberapa bulan selepas kita berhenti kerja. Kalau rezeki bisnes murak, silap-silap tak usik duit simpanan. Rezeki kami berdua memang murah, nak kata mewah sangat tidaklah, tetapi saya selesa macam ini walaupun ada orang mengata saya dan suami macam tak kerja sebab duduk rumah.

Baca selanjutnya dalam Bab 2: klik di sini 
http://superwahmsupermom.blogspot.com/








Iklan.

Membuat keputusan dan analisa

Sekarang tiba masanya membuat keputusan, senaraikan dan fokus untuk bertindak berdasarkan analisa 4W 1H
Apa (what)- Apa pilihan akhir anda, bekerja secara sambilan atau sepenuh masa.
Bila (when)- Anda boleh bermula bila-bila masa dari sekarang, mencari peluang secara sambilan atau sepenuh masa.
Di mana (where)- Merujuk kepada lokasi bekerja di rumah atau luar rumah.
Siapa (who)- Merujuk kepada siapa pelanggan sasaran, siapa mentor dalam bidang yang dipilih, siapa rakan niaga yang berkongsi minat yang sama, siapa kenalan yang juga aktif dalam bidang yang diceburi.
Bagaiman (How)- Bagiaman mahu bermula, menggunakan pengalaman sedia ada, menambah kemahiran melalui networking bisne, hadir lebih banyak seminar, bengkel untuk mencari peluang.

Bermula secara sambilan
Sebaik-baik permulaan dan persedian dengan melakukan secara sambilan, konsisten dan berkembang secara bertahap. Konsisten setiap bulan dan sasaran pendapatan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Berkembang dengan memberi ruang kepada diri sendiri mengasah latihan dan meningkatkan kepakaran. Kepakaran tidak akan diperoleh dalam sekelip mata, tetapi perlu diasah, dilatih mengikut tempoh masa sehingga anda pakar dalam bidang yang dilakukan. Kepakaran juga memerlukan anda menguasi sesuati bidang, menjadi pakar rujuk dan juga mempunyai sijil kelayakan diiktiraf.

Persedian asas 'bekerja sendiri'
Ramai yang ingin bergelar usahawan, namun berapa ramai yang yakin bahawa usahawan adalah bekerja sendiri dan menjadi majikan kepada diri sendiri
Pilihan mengusahakan bisnes atas usaha sendiri memerlukan usahawan menjalankan penyelidikan dan membuat persediaan...

Baca lagi dalam Jana RM Dari Rumah
Bagi yang baru mahu memulakan usaha bergelar wahm, buku wajib baca Jana RM Dari Rumah, langkah demi langkah asas sebelum bermula, beli di karangkraf mall, kerana dengan saya stok sudah habis

Harga promosi sekarang RM12.75 sahaja

atau bacaan ini









  • Bab 1: Pendahuluan & Konsep 
    Merupakan bahagian pendahuluan dan mengandungi pandangan dari wanita-wanita yang telah menjalankan perniagaan dan juga pekerjaan dari rumah. Juga turut menyentuh konsep=konsep bekerja di rumah serta jenis-jenis sumber kewangan apabila bekerja di rumah.
  • Bab 2: Masalah Mencentus Motivasi 
    Sedikit pencetus motivasi, iaitu, kisah benar dan pengalaman saya sendiri yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk bertukar status dari pekerja di pejabat kepada suri rumah yang bekerja di rumah.
  • Bab 3: Matlamat Bekerja Di Rumah 
    Antara matlamat-matlamat yang boleh anda gunakan untuk memacu semangat anda bekerja di rumah.
  • Bab 4: Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah
    6 sebab kukuh mengapa anda perlu bertindak sekarang dan mula bekerja dari rumah.
  • Bab 5: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah 
    10 sebab mengapa ramai yang gagal untuk bekerja dari rumah. Kenalpasti faktor ini dan elakkan ia dari berlaku pada diri anda.
  • Bab 6: Panduan Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah 
    9 persedian yang perlu anda ketahui sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja di pejabat dan mula bekerja di rumah.
  • Bab 7: Pelan Perancangan dan Bertindak 
    Contoh pelan perancangan dan bertindak untuk anda bekerja dari rumah.
  • Bab 8: Rahsia Kejayaan & Motivasi 
    13 Rahsia kejayaan untuk bekerja dari rumah.
  • Bab 9: Mencari Idea Bekerja Di Rumah 
    7 faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mencari idea bekerja di rumah






















  • No comments:

    Post a Comment